Sunday, June 28, 2009

pertunjukan harimau part 1...

Kejadian ini berlaku lebih kurang 8 tahun yang lepas..

Pada masa itu aku tinggal di Ulu Kelang. Korang tau tak kat mana tempat tu? Ala. Yang dekat Zoo Negara tu la. Haaa.. da tau? Bagus la kalo korang da tau sebab kisah yang bakal ku kupas sebentar nanti berkait rapat dengan misteri Zoo Negara..

*****************

Malam itu sungguh sepi.. tidak sama dengan malam-malam yang lain..

Ketika itu aku sedang makan malam bersama-sama dengan keluargaku. Menjadi kewajipan bagi kami sekeluarga untuk makan bersama-sama untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan yang sememangnya sudah rapat, ketat dan lumat.

Dan seperti biasa, aku hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk tamatkan sesi makan malam ku. Nickname pon shontol.. Standard la kelajuan tu. Eh.bukan gelojoh tau. Sebenarnya ia merupakan suatu penyakit yang jarang dijumpai dimana ia mempunyai nama saintifik yang tersendiri iaitu ‘makanlaju2sebabmalasnakdengarmakmembebelpasalaku’..

Macam biasa.. Bile habis makan, mestilah kena basuh balik pinggan yang telah digunakan itu.. Amacam? Ada gaya suami mithali kan? Pasti kamu yang beralat suilt perempuan berasa teruja bila mengetahui sesungguhnya aku ni amat berkebolehan dalam semua perkara.. Kan? Kan? Kan? Lol..

Tanpa membuang masa, aku pon berjalan girang ke arah sinki untuk menunaikan kewajipan membasuh pinggan.

Tiba-tiba…!!



Bersambung…

No comments:

Post a Comment