Sunday, June 28, 2009

Ego seorang lelaki...

Masuk je opis, terus aku on YM..
Saja je.. mana tau ade awek rindu nak chat dgn aku pagi2 ni ke.. lol


Akan tetapi..
Sebaik saja aku bukak YM, ade seseorang telah buzz aku!
Aku terkedu..


Yup..
Ex aku yang buzz aku..
Padahal baru semalam aku g sound dia..


Huh.. nak minta maaf la tu..
Xdapat la weh..
Ingat senang2 ke?
Dah sakitkan hati aku..
Takkan aku nak maafkan macam tu je?
Huh!


Aku senyap..
Sengaja aku tidak taip apa2 sebagai tanda protes..
Maruah perlu dijaga..
Ego mesti tunjuk..
Hati mesti keras..
Kemaluan perlu dipelihara..
Kita mesti ajar perempuan!!


(5 minit selepas itu)

Aku maseh tidak memberi sebarang reaksi..
Sambil membuat muka jual mahal..
Dan meninggikan hidung setinggi-tingginya!
Pedulik apa aku!
Aku takkan tunduk pada perempuan!





(10 minit kemudian..)


...........


CILAKAK!

Camne gua boleh lupa yang YM skang ni dijangkiti virus buzz.. Tak pepasal aku menaruh harapan palsu.. T_T

No comments:

Post a Comment