Sunday, June 28, 2009

mengapa aku diduga sebegini rupa?

Pada hari ini... aku telah diduga dengan ujian yang begitu hebat..

Sebenarnya..

Tanpa ku rancang, pada bulan lepas, aku telah berkenalan dengan 5 orang gadis secara serentak.. Semua ini berlaku secara kebetulan.. Seperti yang korang tau, aku ni peramah orangnya. Sangat suka berkawan.. Pada mulanya aku hanya mahu berkawan biasa sahaja dengan mereka.. Tapi tanpa ku duga, kelima-lima mereka rupa-rupanya telah menaruh hati terhadap ku.. Salah ke cara aku berkawan selama ini? aku pasrah dengan kehenseman dan ke'best'an aku.. aku sudah cuba control sedaya upaya supaya gadis2 di malaysia ini tidak jatuh hati padaku..

Buktinya?? aku sengaja gemukkan badanku dengan melantak bersungguh2 sehingga tidak sempat adek aku yang gemuk tu nak menambah nasi, aku telah habiskan nasi tu terlebih dahulu.. Malah aku sengaja jemur badan kat pantai port dickson lama2 supaya kulit omputeh aku ton sket.. Dan aku juga sengaja tak mandi masa beli nasi lemak pagi2 smpai akak tu leh tanya, air liur basi ke kt pipi tu.. Tu blom lagi citer pasal kakak kedai SevenEleven gelakkan aku sebab ada cebisan cili kat gigi.. Itu kisah lain. Nanti akan ku ceritakan pada suatu hari nanti.. Nahhh.. bukankah aku sudah berusaha? Aku bukan apa.. Cuma aku rasakan kehidupan sebagai seorang jejaka solo lebih mudah. Tidak perlu sms sesapa sebelum tidor. Tidak perlu pura2 paham kena topup awek kalo awek kata takde kredit.. tapi apakan dayaku sebagai makhluk Tuhan yang patuh menunaikan perintahNya.. Hanya dapat merancang tapi Tuhan yang tentukan..

Aku tak sangka semua ni akan berlaku sepantas ini.. aku taktau samada aku sudah bersedia ke belom untuk menghadapi semua ini.. Arghh.. Pening kepala aku memikirkan semua ni.. Aku sebenarnya mempunyai pantang larang dimana jikalau ku bcintan cintun, pasti hidup aku tunggang langgang.. Dulu ade sorg awek je pon da pening aku.. Apatah lagi 5 org awek sekaligus????!!!

Bagaimanapun, aku sebagai lelaki sejati mempunyai prinsip tersendiri. Sebenarnya aku penyokong perkahwinan sejenis.. eh silap.. aku sebenarnya adalah penyokong perkahwinan monogami.. tak percaya? Aku pon agak tak percaya. Tapi terpaksalah kita semua cuba percaya jua. Bagi ku, sungguh tak adil kalo seorang wanita perlu berkongsi kasih sayang dari seorang seorang lelaki dengan perempuan lain.. Korang bayang la.. Cuba kalo lelaki cam kita ni kena cmtu gak.. Korang rasa adil ke? Ya.. aku tau Islam membenarkan tapi ada syarat2nya bukan? Dan yang lebih penting, kita pasti tidak mahu orang yang kita sayangi terseksa batin dan rohaniah mereka. Kita mestilah nak dorg hepi, btol tak? Lagi pon sapa yang sanggup berkongsi kaseh sayang? Sedangkan nak kongsi spender dengan kawan2 pon kemut, apatah lagi perasaan kaseh sayang yang suci ini..

Disebabkan aku tidak boleh tamak memilih kelima-lima gadis tersebut sebagai teman hidupku, maka aku terpaksa pilih salah seorang dari 5 orang awek itu untuk menjadi satu-satunya permaisuri hatiku!

Dan pagi tadi aku telah membuat satu keputusan drastik!!

Keputusannya adalah…







Korang nak tau ke apa yang keputusannya?

Takyah la..

Kang kata aku suka berlagak lak..

Hisk.. Malas la nak cerita..

Ala.. I malu la sebenarnya..

Serius nak tau ke?

Btol tak nyesal?









Ok.. sebenarnya.. aku saja je nak suh korang jawab poll kat sebelah ni -->

Tu je tujuan aku mencarot macam2 tadi..
Sekian.

No comments:

Post a Comment